Laporan

Laporan
Laporan Tahunan ialah dokumen rasmi yang merangkumkan prestasi kewangan, operasi, projek, dan pencapaian sesebuah organisasi sepanjang tahun. Ia bukan sekadar keperluan undang-undang atau korporat – ia juga mencerminkan kredibiliti, reputasi, dan hala tuju syarikat kepada pemegang saham, pelabur, pelanggan, dan kakitangan.
Dengan cetakan dan reka bentuk profesional, laporan tahunan akan meninggalkan imej positif dan berkualiti kepada pembaca.
🎯 Kegunaan Laporan Tahunan
✅ Pembentangan kepada Pemegang Saham – Tunjukkan prestasi syarikat dengan jelas dan meyakinkan.
✅ Kewajipan Audit & Penyerahan kepada Pihak Berkuasa – Keperluan rasmi untuk syarikat berdaftar, koperasi dan NGO.
✅ Alat Promosi & Branding Korporat – Bina kepercayaan pelanggan, pelabur dan rakan strategik.
✅ Rujukan Dalaman – Untuk analisis prestasi tahunan, penyediaan strategi tahun depan.
✅ Syarikat Berhad, Yayasan, Sekolah, Institusi Awam – Sebagai rekod rasmi perjalanan organisasi.
Spesifikasi Laporan Tahunan
Saiz Standard
A4 (210mm x 297mm) – Standard korporat
Custom size atas permintaan
Jenis Binding
Perfect Binding – Kemas dan tahan lama (paling biasa)
Saddle Stitching – Untuk laporan nipis (< 48 muka surat)
Wire-O Binding – Untuk laporan yang memerlukan pembukaan rata
Hardcover Binding – Untuk laporan premium atau special edition
Jenis Kertas Dalaman
Simili 100gsm – Standard profesional untuk teks dan carta
Art Paper 128gsm / 157gsm – Untuk laporan berwarna penuh, lebih mewah
Book Paper (Cream) – Jika nak kesan bacaan selesa & klasik
Cover (Kulit Buku)
Art Card 260gsm – 310gsm
Finishing: Matte / Gloss Lamination
Pilihan tambahan: Spot UV, Emboss, Hot Stamping (Emas/Perak)
Design & Layout
Boleh guna design sendiri
Atau kami sediakan servis reka bentuk profesional untuk keseluruhan laporan termasuk: cover, mukasurat isi kandungan, carta, graf & infografik.
FAQ – Cetakan Laporan Tahunan
Minimum tempahan berapa naskhah?
Minimum order ialah 10 naskhah. Sesuai untuk pembentangan kepada lembaga pengarah atau AGM kecil.
. Boleh cetak laporan dengan banyak carta, graf, dan gambar?
Boleh! Kami sediakan cetakan berkualiti tinggi full color untuk paparan carta, infografik dan gambar supaya nampak lebih profesional.
Ada penghantaran ke luar Lembah Klang?
Ya! Kami pos ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.